Penawar Bayi Menangis Tengah Malam, Karena Perut Kembung dan Susah Tidur.
Bayi
 menangis tengah malam tanpa tahu apa sebabnya sangat sukar difahami 
lagi-lagi untuk ibu bapa baru yang masih tiada pengalaman.
Bukan
 itu saja, tidur malam pun akan terganggu sehingga ibu bapa pula yang 
rasa risau dan stres menghadapi situasi ini. Dah bagi susu, tukar 
lampin, sapu minyak angin pun tetap sama keadaannya.
Periksa
 suhu anak normal tapi apa lagi perlu buat? Mungkin ada sesuatu yang 
menjadi penyebab tetapi ibu bapa kurang arif mengenainya.
Ada
 cara yang boleh dilakukan sendiri di rumah seperti dikongsikan oleh 
Ustaz Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al Mujahidin 
Ramai
 bertanya saya balik macam mana cara mudah ayat untuk penawar bayi 
nangis malam. Bayi kembung perut, susah tidur malam, kerap mimpi tidak 
elok, kerap gelisah tanpa sebab, kerap sakit kepala…Boleh amalkan cara 
di bawah
Cara ini jika di amalkan juga dapat mengelakkan gangguan makhluk halus.
Ambil air suam segelas kemudian ambil secubit garam letakkan di dalam air suam tersebut
Baca Al Fatihah 1x.
Selawat Syifa 3x
Al ikhlas 3x 
Kemudian baca “Laa Haula Walaa Quwwata illa Billaah”
Selesai baca di atas lalu minum air tersebut.
–
 Baik amalkan minum air tersebut sebelum nak tidur…Jika bayi demam 
berbalik-balik dan nangis malam, selesai baca di atas sapukan air suam 
tersebut di seluruh badan, terutama sapu di muka bayi dan belakang bayi,
 izin Allah inshaaAllah bayi anda akan berhenti tangisannya, jika demam 
izin Allah akan kebah demamnya.
–
 Manakala jika kita ada gangguan dalam badan, jika selesai minum air 
tersebut, jika gangguan ada dalam badan, kita akan sendawa selepas 
minum, kita akan rasa loya nak muntah, perut kembung tak selesa, tengkuk
 belakang belikat rasa lenguh dan berat.
–
 Jika di amalkan berterusan setiap hari buat dengan yakin, inshaaAllah 
izin Allah gangguan di dalam badan kita akan sembuh. Jika tak sembuh 
cari la perawat Islam berhampiran anda inshaaAllah mereka akan membantu 
anda.
– Ibu yang sedang hamil elok amalkan juga minum setiap kali sebelum tidur.
Moga cara mudah ini bermanfaat untuk kalian semua ishaaAllah Aamiin…
Demikianlah
 pokok bahasan Artikel ini yang dapat kami paparkan, Besar harapan kami 
Artikel ini dapat bermanfaat untuk kalangan banyak. Karena keterbatasan 
pengetahuan dan referensi, Penulis menyadari Artikel ini masih jauh dari
 sempurna, Oleh karena itu saran dan kritik yang membangun sangat 
diharapkan agar Artikel ini dapat disusun menjadi lebih baik lagi dimasa
 yang akan datang.
Sumber: Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin
